yG CuN-CuN+CoMeY-CoMeY

Sunday, May 15, 2011

HuKuM MeLiHaT LeLaKi JaMbU... ^^

DiPeTiK dr BloG ImaM MuDa AsYraF:


Hukum Melihat Lelaki ‘JAMBU’

“Hai..saya Amy..duduk la dulu Dik!!..kita sembang-sembang.”..Sambil mata Amy tajam merenung ke’AYU’an wajah Haikal.
Haikal berbaju t-shirt nipis dan ketat dari gedung ‘Topman’, bersarung jaket kelabu jenama ‘Philosophy’. Seluar yang agak skinny dan singkat itu menampakkan buku lali. Kasut yang dipakai bersama stokin yang tidak kelihatan itu menyerlahkan lagi ke’stylo’an Haikal.
Owh... Jambuuu~~~~ ^^
Haikal bukan seorang yang ‘confuse’ dengan identitinya. Namun perwatakannya itu membuatkan mata Amy terjeling-jeling kononnya menundukkan pandangan.
Datang rakan-rakan Amy menyapanya…”OMG…Heii Amy..Udah2 la tuh. Meh la makan dekat sini dengan kami..Tapi, pandai jugak ko pasang pancing..umpan aper ko pakai..ni bukan siakap..ni ikan kelisa nih”…(kelisa itu merujuk kepada Haikal..)
Amy dengan bangga berkata…”Owh..”Walaupuuunnn”..tak hengen…KAU ADER?”…
(tak perlu diterangkan apakah status Amy, rakan-rakannya dan Haikal disini…mungkin single but not available kot)

Dalam Islam dibenarkan untuk lelaki sesama lelaki untuk bersalaman. Berasaskan kepada hadis Nabi SAW : “Bersalamlah nescaya kamu aan mengasihi sesama kamu”

Namun dalam persoalan yang lebih advance dari salam lelaki sesama lelaki seperti memeluk, mencium, mengucup dan sebagainya, terdapat perbahasan oleh para Ulama’.
Imam Abu Hanifah dan Muhammad bin Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh bagi seorang lelaki mengucup mulut, atau mengucup tangan atau dimana-mana anggota badan mahupun memeluk (ta’aanuq), lelaki yang lain. Mereka berdalilkan kepada riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya : “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak.” Ditanya lagi : “Adakah bleh memeluk antara satu sama lain?” Baginda menjawab : “Tidak”. Ditanya lagi : “ Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain?” Lalu Rasulullah SAW menjawab : “Ya”. ( rujuk Badai’e Sana’ei 5/124)
Namun pendapat Abu Yusuf juga fuqaha Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa. Ia berdalilkan kepada riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW telah memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat para sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memluk antara satu sama lain.
Ianya seolah-olah terdapat perbezaan dari kedua-dua hadis berkenaan. Namun ia sebenarnya bukan satu kecelaruan. Syeikh Abu Mansur berkata, yang dimakruhkan memeluk ialah apabila berbuatan itu menyerupai perbuatan bersyahwat ketika berbogel. Tetapi apabila dalam suasana melahirkan hormat-menghormati, maka tidak makruh. Jika bertujuan melepaskan nafsu maka ianya jatuh haram.
Itu dalam persoalan memeluk dan mengucup sesama lelaki. Bagaimana pula dengan melihat lelaki ‘JAMBU’. Dalam bahasa Arab dipanggil lelaki ‘Amrod”. Rupa-rupanya sejak dari zaman ulama silam lagi masalah ini sudah muncul.
Lelaki ‘JAMBU’ ialah lelaki ramaja yang kelihatan agak ‘cantik’. Sebahagian ulama mengatakan ‘Amrod’ itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai. (kerana lazimnya Muslim itu memelihara janggut).
Dalam persoalan ini para fuqaha’ bersepakat mengatakan HARAM melihatnya dalam keadaan syahwat. (Rujuk Hasyiah Ibn Abidin, Nihayatul Muhtaj dan al-Mughni). Manakala melihat lelaki “JAMBU” tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, para fuqaha’ berselisih pendapat :

1 ) Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya HARUS. (rujuk al-Dur al-Mukhtar, Mughni Muhtaj, al-Insaaf ). Tetapi golongan al-Hanabilah berkata makruh sekiranya melihat secara berulang kali.

2 ) Pendapat yang rajih dikalangan  Syafi’iyyah berkata, HARAM melihat secara mutlak. (rujuk al-Iqnaa’, Kifayatul Akhyar ) Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran lelaki ‘JAMBU’ dihadapan kita boleh melibatkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama.
Bagaimana pula dengan kes jika tidur bersama. Tidur sekatil lelaki sesama lelaki.
Dalam kes ini, ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel di dalam satu pakaian, atau selimut mahupun sekatil bersama, Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan. Sekiranya berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka ianya diharuskan. (rujuk Nihayatul Muhtaj, Qalyubi wa ‘Umairah). Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Sai al-Khudri katanya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Lelaki janganlah melihat aurat lelaki, dan wanita janganlah melihat aurat wanita. Lelaki jangan bersekedudukaan dengan lelaki dalam satu pakaian, dan wanita jangan bersekedudukan dengan wanita dalam satu pakaian. “  ( RIwayat Muslim )
Wow…rupa-rupanya dalam berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’ pun sudah lama dibincangkan oleh ulama’ silam. Kita mungkin menganggap biasa. Kerana mungkin tiada nafsu atau syahwat jika sesama lelaki. Namun, jangan dipandang enteng. Sekiranya para ulama menggariskan panduan bagaimana berinteraksi dengan lelaki ‘JAMBU’, maka sudah pasti ada yang tidak kena dalam isu ini.
Kepada lelaki yang merasakan anda itu cukup “JAMBU’…berhati-hatilah dengan mata ‘sang Arjuna’…Kerana bukan semua durian yang berduri itu sama isi dalamannya. Yang pasti…Aku tidak ‘JAMBU’..heheh..
So.. pe pendapat???
Nak Chow!!
Korg memang AWESOME laa!!! ^^

No comments: